Aku Guru Sk Long Lamei

Tanggal 29.November.2021 tarikh yang membuat aku semakin berdebar menyemak status penempatan sekolah. Perasaan bercampur baur, gembira, terharu, sedih namun rasa sukacita teramat sangat. 

Pertamanya memang tidak sangka aku dapat sekolah di Sk Long Lamei, aku pun cari di google. Aku telahpun maklum sekolah ni terletak dimana dan guna apa ke sekolah Lg Lamei.

Dipendekkan cerita, batch kami adalah batch One Off Fasa 1. Opsyen Bahasa Iban dan seramai 100 lebih yang telah mendapat penempatan di sekolah rendah. Semuanya dipostingkan ke sekolah kategori luar bandar dan pedalaman. Bertabah wahai jiwa dan hati. 

Kampungku ke Sk Lg Lamei dalam 6 jam lebih perjalanan, gambar di atas adalah gambar ferri yang ku naiki sewaktu melapor diri ke PPD Baram yang terletak di Pekan Marudi. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dari kampung sampai ke PPD Baram.

Teringatku kata kata Pegawai PPD, bermesralah dengan alam, maka anda akan jatuh cinta dengan alam. Baram unik ramai yang gerun dengar nama Baram, selain Kapit, Belaga, Limbang dan mungkin ada daerah lain yang jauh dipelusuk pedalaman. 


Muka ku🤣 waktu ini mak dan abang serta adikku hantar aku ke pekan Lapok, dari Long Tuyut ke pekan lapok dalam 15 minit.

Ini adalah transport yang selalu naik ke ulu baram. Bapa Ehau dia taukey kantin yang akan turun untuk membeli keperluan kantin. Oh ya sebelum terlupa perjalanan ke sekolah ini mengambil masa 7-8 jam jika bertolak dari Miri dengan menaiki hilux dan singgah di Long Balong akan terus menggunakan perahu selama lebih kurang 45 minit bergantung kepada air sungai. Jika air sungai cetek maka, ambil masa yang lama.

Untuk ke sekolah ini ada dua cara pertama guna jalan darat seperti yang saya nyatakan tadi. Kedua guna flight twin otter yang muat 8 penumpang. Flight ini hanya pada hari selasa dan sabtu sahaja. Itupun kena book cepat sebab ada Airport ini dekat dengan Long Banga, maka tidak mustahil jika tiket habis kerana di Long Banga juga terdapat sekolah. Faham fahamlah anda 😉. 

Bersambung...

Comments